Azizulhasni ‘berperang’ emas Olimpik
Azizulhasni ‘berperang’ emas Olimpik
JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui fokusnya terarah memburu kilauan pingat emas di Olimpik Paris agar mampu melengkapkan warna pingat diperolehinya pada temasya empat tahun sekali itu.
Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman menegaskan bahawa tiada lagi warna lain selain emas dalam fikirannya dan tekad membawa pualng kejayaan tersebut ke bumi Malaysia.
Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 dan gangsa Rio 2016 itu mahu menggenggam emas sebelum mengumumkan persaraannya di pentas berprestij dunia tersebut.
“Semua orang tahu saya tidak akan berada di sini kalau semata-mata untuk bertanding. Macam saya beritahu, saya tidak akan membuang masa kerana untuk berada pada tahap tertinggi banyak perkara yang kita perlu korbankan.
“Saya sendiri mempunyai sasaran peribadi dan sudah pasti ialah emas. Saya hormat dengan keputusan dan perancangan pasukan apa pun sasaran yang mereka letak nanti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop
- Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu
- Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja
“Saya mahu lengkapkan perjalanan di Sukan Olimpik dari pingat gangsa, perak dan seterusnya emas di Paris 2024,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan semalam.
Ketika mengulas mengenai program Road to Gold (RTG), Azizulhasni menegaskan atlet yang terpilih seharusnya bekerja keras untuk memburu emas dan tidak meletakkan harapan di bahu sesetengah atlet lain.
Tegasnya, atlet yang terpilih harus sedar tanggungjawab mereka sebaik menandatangani perjanjian untuk berada dalam program elit negara itu.
“Semua atlet adalah sandaran kerana itulah tujuan utama program ditubuhkan sebenarnya kerana semua atlet dapat elaun secara sama rata dan dapat servis tambahan.
“Semua dalam RTG kena berikan terbaik kerana mereka dalam program ini bukan sekadar pingat tetapi emas. Bila dalam program kena buat terbaiklah. Capai prestasi ataupun tidak itu cerita lain tetapi mereka kena beri 110 peratus dari latihan hinggalah di Olimpik.
“Jadi sasaran utama adalah emas. Tidak adillah kalau dalam RTG hanya seorang diletakan sandaran untuk raih emas di Olimpik. Saya harap mereka ada mentaliti seorang juara. Menang atau tidak lain cerita,” katanya.
Azizulhasni ‘berperang’ emas Olimpik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :