Pan-gon janji pemain berkelas A

Pan-gon janji pemain berkelas A

Pan-gon janji pemain berkelas A
PAN-GON berharap dapat menurunkan barisan idamannya dalam misi menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala AFF sejak 2010.

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi jaminan untuk berusaha mendapatkan barisan pemain ‘kelas A’ pada Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024 yang berlangsung November depan.

Majlis undian Piala AFF 2024 berlangsung kelmarin di Hanoi dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Singapura dan pemenang playoff antara Brunei atau Timor Leste.

Menurut Pan-gon, kehadiran pemain terbaik bakal memberi peluang kepada pasukan untuk mencabar kejuaraan berprestij Asia Tenggara itu sekali gus menamatkan penantian 14 tahun Harimau Malaya.



“Kita akan cuba dapatkan best manpower (pemain terbaik) sekali gus membentuk pasukan terbaik bagi mencabar saingan Piala AFF 2024 kali ini.

“Mengenai undian, saya rasa ini adalah pertemuan menarik kerana kita pernah menentang Thailand pada separuh akhir Piala AFF 2022 yang lepas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?




“Selain itu, kita juga akan bertemu pasukan jiran, Singapura selain pemenang playoff antara Brunei atau Timor Leste nanti,” kata pengendali dari Korea Selatan itu.

Sebagai rekod, Pan-gon berdepan cabaran hebat pada Piala AFF 2022 kerana tidak dapat mendapatkan pemain ‘idamannya’ selepas tidak dilepaskan kelab masing-masing.

Ia disebabkan kejohanan dwitahunan itu tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menyaksikan majikan bebas untuk tidak melepaskan mana-mana pemain.

Malaysia kini memburu trofi Piala AFF kedua dalam sejarah selepas menang buat kali pertama pada edisi 2010 dengan menewaskan Indonesia di pentas final.



Pan-gon janji pemain berkelas A


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button