Tahun 2023 kemenangan buat Ukraine! – Zelenskyy
Tahun 2023 kemenangan buat Ukraine! – Zelenskyy
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan di hadapan bala tenteranya yakin bahawa tahun 2023 merupakan tahun kemenangan buat mereka.
Lapor CNN, jelas Zelenskyy, kesungguhan yang jitu sahaja akan menentukan sama ada kemenangan milik mereka atau sebaliknya.
“Andalah yang akan memutuskan sama ada kita semua akan terus wujud. Sama ada Ukraine akan wujud. Setiap hari. Setiap jam. Andalah, askar Ukraine yang akan menentukannya,” kata Zelensky.
Ucapan Zelenskyy itu dibuat sempena ulang tahun pertama pencerobohan Russia terhadap negaranya.
Angkatan bersenjata Ukraine dilaporkan meningkatkan pertahanan negara yang masih berdaya tahan sejak pencerobohan itu pada 24 Februari 2022.
Kata Zelenskyy dalam ciapan di Twitter pula, pada 24 Februari tahun lalu, berjuta-juta daripada tentera sudah membuat pilihan untuk berjuang
“Bukan bendera putih, tetapi bendera biru dan kuning. Bukan melarikan diri, tetapi menghadap. Menentang dan melawan,” katanya.
Tambah Zelenskyy, tahun lalu adalah tahun kesakitan, kesedihan, iman dan perpaduan manakala pada tahun ini, Ukraine kekal kebal.
“Namun, kita tahu bahawa 2023 akan menjadi tahun kemenangan buat kita,” tambah Zelenskyy.
Tahun 2023 kemenangan buat Ukraine! – Zelenskyy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :