Penyamun rantai emas RM30,000 ditangkap sejam selepas jenayah
Penyamun rantai emas RM30,000 ditangkap sejam selepas jenayah

ALOR SETAR: Lelaki yang melarikan seutas rantai emas dianggar bernilai hampir RM30,000 seperti kejadian dalam video tular di media sosial malam tadi, sebenarnya sudah ditahan kira-kira sejam selepas melakukan jenayah berkenaan.
Kejadian jam 5 petang Khamis lalu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan suspek berpura-pura sebagai pelanggan melihat rantai tangan emas seberat 99.34 gram itu di sebuah kedai emas di Jalan Putra, Mergong, di sini.
Video berdurasi 1 minit 32 saat mengenai kejadian berkenaan tular menerusi aplikasi TikTok sejak jam 8.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada hari sama, sekitar jam 6.35 petang.
“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun sebelum itu datang ke premis berkenaan, kononnya mahu membeli barang kemas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
“Namun dia secara tiba tiba melarikan diri bersama seutas rantai tangan emas anggaran berat 99.34 gram dari premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, jurujual kedai emas itu segera mengejar suspek sebelum menghubungi polis yang kemudian menggerakkan pasukan dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Alor Setar ke lokasi.

“Orang awam membantu menahan suspek di lampu isyarat Tambang Badak, di sini, sebelum dia diserahkan kepada polis yang melakukan tangkapan semula. Suspek direman empat hari bermula semalam sehingga 26 September untuk membantu siasatan,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya turut merampas kenderaan yang dinaiki suspek, iaitu Volkswagen MK7 untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, rantai emas itu dianggarkan bernilai hampir RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Penyamun rantai emas RM30,000 ditangkap sejam selepas jenayah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.