Kereta rempuh orang ramai, 10 cedera termasuk 4 parah

Kereta rempuh orang ramai, 10 cedera termasuk 4 parah

Kereta rempuh orang ramai, 10 cedera termasuk 4 parah
Kereta rempuh orang ramai, 10 cedera termasuk 4 parah

LILLE: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera termasuk empat parah selepas sebuah kereta merempuh orang ramai yang menghadiri festival layang-layang antarabangsa di utara Perancis.

Pemandu kereta itu sudah ditahan dan punca kejadian masih sedang disiasat.

Menurut pihak berkuasa di Pas-de-Calais, laporan siasatan awal menunjukkan pemandu warga emas itu hilang kawalan kenderaan lalu merempuh sekumpulan penduduk yang berkumpul dalam acara itu.



Kejadian itu berlaku di bandar kecil Berck-sur-Mer.

Sementara itu, pasukan perkhidmatan kecemasan mengesahkan empat mangsa yang mengalami kecederaan parah merupakan wanita.

Katanya, mangsa wanita itu termasuk dua warga emas yang masing-masing berusia 75 dan 82 tahun.

Kereta rempuh orang ramai, 10 cedera termasuk 4 parah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading