Najib: The Untold Story

Najib: The Untold Story

Najib: The Untold Story

Orang-orang tua pernah berpesan, keindahan gunung hanya akan dapat dilihat apabila gunung itu jauh dari kita.
Ketika kita berada di atas gunung, mata kita tidak akan dapat melihat keindahan gunung itu.
Tetapi mata kita akan hanya asyik melihat keindahan gunung yang lain.
Begitulah keadaannya ketika DS Najib berada bersama-sama rakyat yang beliau sayangi.
Rakyat tidak nampak segala jasa yang beliau taburkan kepada rakyat selama ini.
Yang nampak hanyalah segala keburukan yang dicipta oleh musuh beliau dan rakyat menerimanya tanpa usul periksa.
Rakyat bercerita tentang cukai GST yang kononnya menindas, bercerita tentang pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan beliau dan pelbagai lagi.
Kini, apa yang rakyat dapat selepas Najib disingkirkan?
Adakah prestasi ekonomi menjadi lebih baik?
Tidak!
5 tahun terkini jauh lebih teruk berbanding prestasi ekonomi 9 tahun di bawah DS Najib.
Pasaran saham menjadi lebih teguh?
Tidak!
Pasaran saham kita tidak pernah memulih ke paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat sebelum PRU14.
Malah, bursa kita adalah merupakan antara pasaran saham paling teruk di dunia sepanjang tempoh 5 tahun terakhir ini.
Nilai mata wang kita lebih mengukuh?
Tidak!
Mata wang kita juga tidak pernah pulih ke paras seperti sebelum PRU14.
Pada masa kini, nilai Ringgit adalah kira-kira 70 sen lebih rendah berbanding USD (RM4.55 vs RM3.83 dan 46 sen lebih rendah berbanding Dolar Singapura (RM3.38 vs RM2.92)
Dividen KWSP, TH, ASB, LTAT jadi lebih tinggi?
Tidak!
Purata dividen untuk dana-dana ini sejak 5 tahun lepas adalah jauh lebih rendah berbanding 9 tahun di bawah DS Najib.
Malah, TH, ASB dan LTAT telah mencatatkan dividen terendah dalam sejarah untuk 5 tahun berturut-turut.
Kurangkan defisit bajet kerajaan?
Tidak!
Defisit berkurangan selama 9 tahun berturut-turut di bawah DS Najib sebelum meningkat semula sejurus selepas PRU14.
Kini sudah menjadi 3 kali lebih tinggi untuk tahun ini berbanding 2017.

Apa Yang Rakyat Bukan Melayu Dapat Selepas Menjatuhkan DS Najib?

Kepada rakyat yang bukan Melayu:
  1. Sudah bolehkah anda semua melabur dalam ASB?
  2. Apakah anda mendapat kerajaan yang mengiktiraf UEC?
  3. Adakah anda berjaya memansuhkan kuota bumiputra untuk perniagaan dan diskaun bumiputra untuk membeli rumah?
  4. Adakah anda berjaya mendapat sebarang kenaikan kuota bukan Melayu untuk ke IPTA?
  5. Sudahkah anda berjaya mendapat sekolah menengah Cina yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan?
  6. Apakah anda dapat suasana kurang retorik kaum/agama, konflik dan politiking?
  7. Adakah harga kereta menjadi lebih murah, cukai jalan diturunkan dan nilai faedah pinjaman bank kereta menjadi lebih rendah?
Jadi, apa yang rakyat semua dapat selepas menyingkirkan Najib?

Najib: The Untold Story

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button