Tempahan EV Smart #1 kini dibuka secara rasmi
Tempahan EV Smart #1 kini dibuka secara rasmi
Kuala Lumpur: Proton Holdings Bhd dan smart Malaysia menandatangani memorandum perjanjian (MoA) yang dipertingkatkan di Nanning, China, baru-baru ini dan sehubungan itu, akan menerima tempahan untuk kenderaan elektrik (EV), smart #1.
Smart Malaysia ialah rakan kongsi strategik serantau bagi jenama smart, satu jenama teknologi dan automobil premium berkuasa elektrik sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhang Qiang berkata, syarikat itu berbangga berada di Asean, dengan smart Automobile bakal membuat penghantaran pertamanya bagi smart #1 di Malaysia.
“Pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia untuk bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat 2023 dengan sembilan pengedar kami yang sudah bersiap sedia untuk menyambut mereka,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Pembeli kini boleh menempah smart #1 melalui aplikasi Hello smart dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
Barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan Brabus yang disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.
Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan sebagai kenderaan elektrik pintar.
Bagi model smart #1 BRABUS pula, ia adalah kereta super berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran menarik dan dalaman yang terang serta prestasi yang dipertingkatkan bagi melancarkan nadi elektrik jentera itu.
Harga di atas jalan tanpa insurans untuk smart #1 Pro, Premium dan Brabus ialah antara RM200,000 hingga RM250,000 seunit.
Bagi 501 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menerima pakej #1 Early Bird berharga RM1,001 dalam bentuk kredit pengecasan melalui aplikasi Hello smart.
Tempahan EV Smart #1 kini dibuka secara rasmi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan
- Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal
- Pelangai,antara politik kebajikan dan ‘air liur’, pilihan pengundi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :