Bekas pengerusi MCPF dan penceramah jenayah, bebas pecah amanah
Bekas pengerusi MCPF dan penceramah jenayah, bebas pecah amanah
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur, dan penceramah pencegahan jenayah, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada tuduhan pecah amanah dan bersubahat ke atas dana yayasan itu berjumlah RM195,000.
Hakim Mahkaman Sesyen, Datin Sabariah Othman melepas dan membebaskan Bok Siew Mun dan Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir, tanpa perlu dipanggil membela diri selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.
Keputusan berkenaan dibuat di akhir kes pendakwaan.
Peguam bela Fahmi Abd Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media, berkata mahkamah mendapati pendakwaan hanya membuktikan satu elemen sahaja berkaitan pecah amanah jenayah, di mana Siew Mun adalah seorang ejen (bekas pengerusi MCPF).
Peguam itu berkata, hakim memutuskan tiga elemen utama lain gagal dibuktikan oleh pendakwaan iaitu iaitu sama ada tertuduh pertama mempunyai kawalan dan penguasaan terhadap wang RM195,000 tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan
- Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal
- Pelangai,antara politik kebajikan dan ‘air liur’, pilihan pengundi?
Selain itu mahkamah juga mendapati pendakwaan gagal membuktikan bahawa Siew Mun mempunyai niat curang untuk melakukan pecah amanah jenayah ketika meluluskan pengeluaran wang berkenaan kerana semua proses dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa MCPK KL.
“Mahkamah mendapati elemen subahat juga gagal dibuktikan iaitu sama ada tertuduh kedua (Saiful Hamiruzzaman) ada niat bersama, membantu atau berkonspirasi dalam pecah amanah jenayah bersama tertuduh pertama.
“Mahkamah turut mendapati terdapat beberapa keterangan saksi pendakwaan yang bercanggah dan mempunyai versi berbeza sekali gus menjadikan kes pendakwaan lemah dan gagal dibuktikan,” katanya.
Kes itu sebelum ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi.
Pada 23 Mac 2021, Siew Mun, 52, mengaku tidak bersalah sebagai Pengerusi MCPF KL, melakukan pecah amanah terhadap terhadap dana yayasan berkenaan dengan mengarahkan bayaran melalui cek Bank Affin berjumlah RM195,000 kepada syarikat Trio Green Hornet Sdn Bhd.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
Saiful Hamiruzzaman, 49, pula dituduh bersubahat dengan Siew Mun untuk melakukan kesalahan sama dengan mengemukakan invois milik syarikat Trio Green Hornet dan menandatangani baucar bayaran yayasan berkenaan.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad, cawangan Bandar Sri Permaisuri, di sini, antara 26 Februari hingga 31 Mei 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Bekas pengerusi MCPF dan penceramah jenayah, bebas pecah amanah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Undi PAS dapat Mahathir, apa kata Peneroka Felda?
- Radzi Jidin tidak perlu gelabah, ikut sahaja teladan Najib dan Zahid
- Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.