UMW Lubetech sasar untung RM300 juta

UMW Lubetech sasar untung RM300 juta

UMW Lubetech sasar untung RM300 juta
Anas (kanan) bersama Amirudin (dua dari kanan) pada majlis pelancaran kilang baharu di Pulau Indah baru-baru ini

KLANG – UMW Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, UMW Lubetech Sdn. Bhd. (UME Lubetech) menyasarkan keuntungan lebih daripada RM300 juta pada tahun depan.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW, Anas Nasrun Mohd. Osman berkata, nilai unjuran itu mampu dicapai menerusi  inisiatif yang lebih agresif dalam usaha menembusi dan menguasai pasaran ASEAN terutamanya di Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina yang mempunyai pasaran luas.

Menurut beliau, ini dibantu dengan kapasiti pengeluaran kilang baharu di Pulau Indah yang dipertingkatkan sehingga 60 juta liter setahun berbanding 35 juta liter sebelum ini melalui kilangnya di Shah Alam.



“Sebab itu, kita buat lebih banyak promosi dalam menarik pasaran baharu setanding dengan Petronas dan Shell. Tambahan UMW Grantt ini adalah produk tempatan.

UMW Lubetech sasar untung RM300 juta

“Sebelum ini, kita telah tembusi pasaran di Singapura dan Myanmar. Jadi, kita mahu memperkembangkan lagi perniagaan termasuk dalam kenderaan elektrik (EV) seperti minyak brek dan penyejuk radiator (coolant),” katanya pada sidang akhbar di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Terdahulu, kilang yang dibina di tapak seluas 1.29 hektar dengan kos pelaburan mencecah RM67 juta itu telah dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Kilang itu dilengkapi dengan teknologi IR4.0 untuk meningkatkan kecekapan dan daya saying serta mempunyai fasiliti makmal yang bertauliah.  Bahagian pengeluaran dalam kilang juga mempunyai 14 barisan pengisian dan pengeluaran komersial.

Anas menjelaskan, pihaknya teruja dengan pembukaan kilang baharu ini yang membolehkan pihaknya meningkatkan pengeluaran semua jenis minyak pelincir dan menembusi segmen pasaran bio-pelincir.



“Seterusnya, mengembangkan perniagaan pengadunan berbayar kami sejajar dengan jangkaan permintaan bagi pelincir,” ujarnya.

Sementara, Pengurus Besar UMW Lubetech, Iskandar Mohamed Salleh memberitahu, ketika ini penghasilan produk pada tahap 40 peratus dan boleh dikembangkan dalam menarik lebih banyak penghasilan produk pengilang original (OEM) yang telah bersama kita sebelum ini iaitu Toyota, Lexus, Modenas dan Perodua.

“(Menerusi kilang baharu) kita turut menyasarkan peningkatan sehingga 10 peratus setahun bagi eksport dengan berharap mendapat lebih kek ekonomi di empat negara ASEAN baharu itu,” jelasnya.

UMW Lubetech sasar untung RM300 juta

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button