Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin
Suami larang tapi mahu lunas janji
Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin

KEMUNCULAN Ayu Damit menghiburkan tetamu sempena Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB yang berlangsung pada malam Isnin mencuri perhatian.
Mana tidaknya, Ayu baru sahaja bersalin anak keempat pada 2 Disember lalu namun masih kelihatan lincah ketika menyampaikan tiga buah lagu termasuk Hanya Di Mercu yang bernada tinggi.
Tetamu kagum dengan kemantapan vokal Ayu dan ada pula bimbang dengan kesihatannya memandangkan baru tiga hari melahirkan anak keempatnya.

Sedar ramai bimbang dengan keadaannya, Ayu atau Norayu Damit, 33, menjelaskan dia tetap muncul kerana sudah berjanji selain tidak menyangka akan bersalin lebih awal berbanding tarikh jangkaan.
“Job itu sudah ‘lock’ awal dan saya pun tak sangka akan bersalin awal. Selepas ini (sepanjang tempoh berpantang) tiada lagi sebab saya sudah tolak semua tawaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional
- Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
“Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur dan sebab itu saya pergi juga,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Ayu berkata, suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin pada awalnya melarang dia meneruskan persembahan namun memberi izin selepas melihat dia dalam keadaan baik.
Jelas Ayu, ini bukan kali pertama dia membuat persembahan ketika sedang berpantang dan bersyukur tiada perkara mudarat berlaku kepada kesihatannya.
Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur AYU DAMIT PENYANYI
“Suami larang bukan hanya sebab saya baru bersalin tetapi kami juga sudah lapan tahun tiada anak kecil, jadi dia agak bimbang.
“Syukur semuanya berjalan lancar. Saya pun cuba untuk tidak terlalu banyak bergerak dan ringkaskan persembahan.
“Ini bukan kali pertama saya menyanyi dalam tempoh berpantang dan selepas selesai tugas saya terus pulang,” jelasnya.

Pada 2 Disember lalu, Ayu mengumumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Bayu perempuan seberat 2.3 kilogram ini dilahirkan secara normal pada pukul 1.21 pagi.
Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO
- Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob
- Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata