Lagi murah dari menyewa rumah di darat

Lagi murah dari menyewa rumah di darat

Lagi murah dari menyewa rumah di darat
KAPAL MV Narrative (kiri). Austin Wells (kanan). FOTO Agensi

Los Angeles: Keinginan mengembara ke seluruh dunia dan bekerja jauh di tengah laut mendorong seorang lelaki dari San Diego, Amerika Syarikat (AS) untuk membeli sebuah unit flat di atas kapal persiaran.

Austin Wells tidak lama lagi akan menetap di rumah baharunya itu dan menganggap kosnya bukan hanya lebih berpatutan, malah memberinya peluang untuk ‘melihat dunia’.

Lelaki berusia 28 tahun itu, dari San Diego, itu membeli secara pajakan 12 tahun, unit di atas MV Narrative iaitu kapal persiaran mega. Kapal itu memiliki 500 bilik dan pangsapuri peribadi.



Wells membeli unit itu pada harga AS$300,000 (kira-kira RM1.4 juta) bagi sebuah unit studio. Biliknya seluas 22 meter persegi lengkap dengan katil lipat, pantri, meja dan bilik mandi.

Dari aspek kewangan, Wells berkata, dia dapat menjimatkan wang kerana sewa sebuah flat di San Diego, California adalah kira-kira AS$2,500 sebulan (kira-kira RM11,688).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut



“Perkara yang paling menggembirakan saya adalah tidak perlu mengubah rutin harian saya untuk melihat dunia.

“Waktu kerja saya mungkin dialihkan ke waktu petang, malam dan awal pagi, tetapi itu memberi peluang kepada saya melihat bandar-bandar dari tengah hari hingga petang,” katanya.

Wells akan menyertai 1,000 penduduk lain di atas kapal itu.



Pembeli unit di kapal itu juga mempunyai pilihan untuk menyewakan flat mereka – dengan unit seperti milik Wells mampu menjana sehingga kira-kira AS$4,500 (kira-kira RM21,000) sebulan.

Bagaimanapun, Wells masih menunggu kediaman baharunya itu kerana kapal itu masih dalam pembinaan di Croatia dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 2025.

Lagi murah dari menyewa rumah di darat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button