Piala Malaysia: Risiko pemain cedera beraksi atas padang ‘koyak’
Piala Malaysia: Risiko pemain cedera beraksi atas padang ‘koyak’
PETALING JAYA – Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terus menjadi tanda tanya sama ada sedia atau tidak untuk digunakan pada final Piala Malaysia melibatkan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.
Pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Perbadanan Stadium Nasional (PSM) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu padang yang telah didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Isnin lepas.
Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, barisan pemain kedua-dua pasukan berisiko untuk mengalami kecederaan andai keadaan padang tidak dipulihkan dalam masa kurang tiga hari lagi menjelang final.
“Pastinya juga kebimbangan jelas dirasai oleh pemain yang mungkin tidak dapat beri sepenuh tenaga kerana risau dengan risiko kecederaan yang boleh dihadapi.
“Daripada aspek pasukan pula, saya lihat situasi tersebut boleh menjejaskan kelicinan tempo perlawanan memandangkan keadaan padang seperti yang tular ketika ini tidak begitu baik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu
- Yang Menjadi Isu Adalah Hukum Konsert Separuh Bogel
- Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya?
Sebagai rekod, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab JDT telah mendedahkan keadaan terkini padang SNBJ yang dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan perlawanan skala besar seperti final Piala Malaya nanti.
Keadaan padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton. – KOSMO! ONLINE
Piala Malaysia: Risiko pemain cedera beraksi atas padang ‘koyak’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?