Pengalaman diserang harimau kumbang masih meninggalkan trauma selepas 20 tahun
Pengalaman diserang harimau kumbang masih meninggalkan trauma selepas 20 tahun
GUA MUSANG: Pengalaman ngeri seorang lelaki Orang Asli suku kaum Temiar yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) lembam diterkam harimau kumbang kira-kira 20 tahun lalu, menyebabkan mangsa trauma hingga kini.
Ekoran kejadian itu juga, Baauk Anhan, 34, kini sentiasa membawa parang bersama kerana masih tidak dapat melupakan kejadian yang menimpanya ketika keluar berburu bersama bapa saudara, Jiran Along.
Baauk ketika mengimbas pengalaman berhadapan dengan haiwan liar itu, berkata dia bersyukur kerana masih panjang umur walaupun ketika kejadian berlaku dia hampir kehilangan nyawa apabila harimau kumbang terbabit menerkam belakang lehernya.
Katanya, sebelum kejadian berlaku dia keluar berburu bersama bapa saudaranya di Jalan menuju ke Pos Bihai yang terletak kira-kira 20 kilometer (KM) dari Kuala Betis.
“Saya ketika itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan kerana sebelah muka sudah hancur dan rahang saya cedera parah. Ketika sedang bergelut dengan haiwan liar itu, bapa saudara saya menjerkah ke arah harimau kumbang yang sedang menggigit saya hingga menyebabkan haiwan itu terkejut dan melepaskan saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik
“Dengan kudrat yang ada, bapa saudara membawa saya keluar dari hutan dengan berjalan kaki sejauh 20km untuk sampai ke Kuala Betis bagi mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung untuk dihantar ke hospital.
Penghulu Blok A RPS Kuala Betis, Rozi Asod, 50, berkata walaupun hidup sebatang kara, namun Baauk seorang yang rajin melakukan kerja-kerja kampung untuk menampung kehidupannya.
“Baauk kini tinggal bersendirian di Kampung Jias C, di perkampungan ini dan kami penduduk di sini sering mendapatkan bantuan dia untuk melakukan kerja-kerja kampung seperti menebas dan mencuci kawasan kebun.
“Baauk juga rajin mencari hasil hutan untuk dijual dan selalu bersama parang panjangnya kerana masih trauma dengan kejadian 20 tahun lalu.
“Penduduk juga ada memberikannya duit, makanan serta keperluan lain sebagai sedekah memandangkan keadaan yang lembam,” katanya.
Pengalaman diserang harimau kumbang masih meninggalkan trauma selepas 20 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan