Itu tidak benar – Raghad Kurdi Taib
Oleh – Syeikh Baran
Toh Puan Raghad Kurdi Taib menafikan laporan bahawa polis sedang menyiasat dakwaan bekas Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital atas nasihat doktor.
“That’s not true (Ini tidak benar),”tulisnya.
Pada masa Raghad turut berkongsi satu laporan yang dikatakan dikeluarkan oleh doktor tersebut.
“This is the proof (Ini adalah buktinya),”katanya.
Terdahulu, tular satu laporan polis yang mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching Sabtu lalu oleh ahli keluarganya.
Menurut laporan media tempatan, laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor hospital swasta itu tular di media sosial hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.