Diskaun 20 peratus guna kod QR beli juadah berbuka

Oleh – Syeikh Baran


Diskaun 20 peratus guna kod QR beli juadah berbuka
Johari (tengah) melawat bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di ibu negara hari ini

Orang ramai yang membuat pembelian di bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di sini dengan menggunakan kod QR dapat menikmati diskaun harga sebanyak 20 peratus.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, inisiatif pemberian diskaun oleh Maybank itu antara lain bertujuan menggalakkan pembayaran digital dalam kalangan masyarakat.



“Inisiatif sistem Imbas dan bayar guna kod QR dalam bazar Ramadan ini diambil oleh Maybank. Segala pembelian guna kod QR dapat diskaun 20 peratus.

“(Sebagai contoh) Pembelian bernilai RM10, penjaja masih dapat RM10 tetapi pembeli cuma bayar RM8. Perbezaan (RM2) Maybank tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Gerbang Sajian Warisan Imbas dan Bayar di bazar Ramadan Jalan Raja Alang hari ini.

Johari seterusnya melakukan lawatan ke atas penjaja dan pengunjung bazar Ramadan tersebut.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading