Kim Jong Un menangis, jumlah kelahiran bayi di Korea Utara menurun
Kim Jong Un menangis, jumlah kelahiran bayi di Korea Utara menurun
Pyongyang: Tular di laman sosial video pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menangis kerana rendahnya jumlah kelahiran bayi di negara berkenaan.
Tribunnews melaporkan Kim dalam ucaptama dalam sebuah acara di negara itu memohon rakyatnya untuk berusaha meneruskan zuriat dan keturunan mereka.
“Menghentikan penurunan angka kelahiran, memberikan rawatan serta pendidikan anak adalah urusan ‘keluarga’ kita yang harus diselesaikan bersama,” kata Kim sambil menyeka air matanya dengan sapu tangan.
Dalam acara di ibu negara itu Ahad lalu, Kim turut mengucapkan terima kasih kepada golongan wanita di negara itu kerana memperkuat kekuatan nasional.
“Saya juga selalu memikirkan mengenai ibu ketika saya berdepan kesulitan dengan parti dan urusan negara,” kata Kim.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia
Video yang dimuat naik Selasa lalu meraih lebih lima juta tontonan di platform X.
Dalam video itu, beberapa wanita yang hadir dalam acara itu juga ikut menyeka air mata mereka ketika ucaptama Kim berlangsung.
Menurut badan statistik pemerintah Korea Selatan, kadar kesuburan keseluruhan di Korea Utara atau jumlah rata-rata bayi yang bakal dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang hidupnya, berada pada angka 1.79 tahun lalu dan ia turun berbanding 1.88 pada 2014.
Korea Selatan pula merekodkan kadar 0.78 tahun lalu berbanding 1.20 pada 2014.
Kadar kesuburan di Korea Selatan adalah yang terendah di antara negara maju.
Rendahnya kadar kelahiran itu diyakini disebabkan oleh pelbagai alasan yang membuat masyarakat enggan memiliki anak.
Kim Jong Un menangis, jumlah kelahiran bayi di Korea Utara menurun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri
- Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula
- Polis Cekup Individu Promosi Israel
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.