Israel beri reaksi negatif terhadap rundingan – Hamas
Israel beri reaksi negatif terhadap rundingan – Hamas
Beirut: Cadangan terbaru kumpulan pejuang Palestin, Hamas untuk gencatan senjata selama enam minggu di Gaza menerima reaksi negatif daripada Israel.
Seorang pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan yang berpangkalan di Lubnan berkata, respons itu dilihat ketika rundingan berlangsung di Qatar, pada Rabu.
Osama dalam satu sidang akhbar di Beirut berkata, pengantara menyampaikan pendirian Israel sehari sebelumnya, namun secara umumnya negatif dan tidak bertindak balas terhadap aspirasi rakyat Gaza.
Katanya, tindak balas Israel satu langkah ke belakang dan kemungkinan menghalang rundingan yang menemui jalan buntu.
Minggu lalu, Hamas mencadangkan gencatan senjata selama enam minggu dan pembebasan kira-kira 42 tebusan sebagai pertukaran untuk 20 hingga 50 tahanan Palestin untuk setiap tebusan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nama Najib Razak hanya jadi tunggangan pemimpin UMNO?
- Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk
Kenyataan Osama dibuat ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken tiba di Arab Saudi sebagai sebahagian daripada lawatan serantau untuk membincangkan usaha gencatan senjata di Gaza.
Blinken bertemu dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan, sebelum mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman.
Jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller berkata, Blinken dan Putera Faisal membincangkan keperluan mendesak untuk melindungi semua orang awam di Gaza dan segera meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan.
“Blinken menekankan kepentingan penyelarasan rapat berterusan dengan rakan serantau dan antarabangsa dalam menyelesaikan konflik di Gaza dan bersiap sedia untuk fasa pascakonflik,” kata Miller dalam satu kenyataan.
Lawatan itu menandakan persinggahan pertama dalam jelajah Timur Tengah keenam dilakukan Blinken, sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17
Beliau dijangka melakukan perjalanan pada Khamis ke Mesir, yang bersempadan dengan Gaza dan terbabit dalam usaha pengantaraan ke arah gencatan senjata.
Keesokannya, Blinken dijadualkan ke Israel bagi berbincang dengan pegawai Israel untuk memastikan pembebasan semua tebusan yang ditahan di Gaza dan usaha untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah yang dikepung itu.
Israel beri reaksi negatif terhadap rundingan – Hamas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?
- Kontroversi stoking, ada ‘tangan ghaib’ sengaja cetus provokasi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan