Prabowo dan anak Jokowi, menang besar

Prabowo dan anak Jokowi, menang besar

Prabowo dan anak Jokowi, menang besar
PRABOWO (kiri) dan Gibran Rakabuming Raka. FOTO AFP

Jakarta: Jakarta: Secara rasmi, Prabowo Subianto, semalam, dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, Indonesia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) mengesahkan kemenangan Prabowo selepas beliau menewaskan dua pesaing yang berikrar untuk memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu.

Bulan lalu, Prabowo yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan dan pasangan naib presidennya, Gibran Rakabuming Raka, anak sulung kepada pemimpin Joko Widodo mengisytiharkan kemenangan, selepas pengiraan tidak rasmi menunjukkan mereka meraih majoriti.



Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari berkata, mereka disahkan secara rasmi sebagai pemenang pada Rabu selepas menerima lebih 96 juta undi.

Katanya, kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah itu dan ia cukup untuk memperoleh majoriti pada pusingan pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Naib Presiden UMNO gesa isu stoking diselesaikan segera




“Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta mulai 20 Mac,” katanya.

Bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan memperoleh 24.9 peratus undi, manakala bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo meraih lebih 16 peratus.

Lebih 164 juta rakyat Indonesia mengundi, mewakili kira-kira 80 peratus yang layak menjadi pengundi.

Prabowo, 72, sebelum ini diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan presiden pada percubaan ketiganya.



Beliau akan mengambil alih jawatan presiden pada Oktober depan selepas tempoh peralihan.

Bercakap di luar rumahnya di sini dan mendapat tepukan gemuruh penyokong, Prabowo berterima kasih kepada rakyat Indonesia dan partinya kerana membantunya menggalas jawatan tertinggi negara itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiada Lagi Pesta Pingat Kebesaran Di Era Pemerintahan YDP Agong Ke 17




“Kita bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas pengumuman rasmi daripada KPU mengenai keputusan pilihan raya.

“Kita ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh rakyat Indonesia yang menggunakan hak mereka untuk mengundi,” katanya.

Prabowo turut mengucapkan terima kasih kepada Jokowi, bekas saingan yang menentangnya dalam dua pilihan raya pada 2014 dan 2019.

Sementara itu, Anies dan Ganjar, berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan, mengenai dakwaan penyelewengan dan penipuan pilihan raya.



Namun, pasukan undang-undang Prabowo yakin keputusan itu tidak akan berjaya dicabar kerana kelebihan kemenangannya yang meluas, lapor media tempatan pada Selasa.

Selepas gagal sebagai calon naib presiden pada 2009 dan calon presiden pada 2014 dan 2019, Prabowo meraih kemenangan kali ini dengan sokongan Jokowi.

Prabowo dan anak Jokowi, menang besar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading