Gempa bumi Papua New Guinea: Angka korban meningkat kepada tujuh
Gempa bumi Papua New Guinea: Angka korban meningkat kepada tujuh
PORT MORESBY: Jumlah kematian akibat gempa bumi melanda Papua New Guinea dilaporkan meningkat kepada tujuh orang.
Semalam, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda timur Papua New Guinea sehingga mencetuskan beberapa insiden tanah runtuh yang membahayakan.
Manning berkata, tiga pelombong aluvium tertimbus secara hidup berhampiran penempatan Wau dan empat lagi maut di beberapa lokasi di seluruh wilayah Morobe serta Madang.
Pasukan pembantu dan syarikat penerbangan swasta cuba sampai komuniti terpencil itu dan membawa mangsa yang cedera ke tempat selamat.
Sementara itu, Agensi pengurusan bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memaklumkan pemantauan udara yang dilakukan oleh Mission Aviation Fellowship menunjukkan tanah runtuh berlaku di kawasan Nankina.
Ramai orang dikhuatiri sudah dipindahkan namun penilaian awal di lapangan adalah samar-samar.
Setiausaha Agung Palang Merah Papua New Guinea, Valachie Quagliata berkata, kawasan pergunungan yang tidak serata menyukarkan akses, dengan kawasan paling teruk terjejas tidak boleh diakses menerusi laluan jalan raya. – AFP
Gempa bumi Papua New Guinea: Angka korban meningkat kepada tujuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jho Low masih gagal dikesan
- Beza nombor 2 dengan nombor 400
- Anwar Ibrahim sah tidak bertanding di PD