Wanita ‘tak halal’ lebih manja berbanding isteri sendiri
Ustazah tegur suami, selesaikan masalah berdua... “Bukan main kayu tiga”
“Lelaki gatal dan miang memang pandai manjakan wanita yang tak halal di depannya, berbanding isteri sendiri yang setiap hari menanti untuk dibelai,” ujar pendakwah itu.
Dalam nukilannya, Sharifah Zahidah turut membuat perbandingan layanan sebilangan suami terhadap isteri mereka berbanding wanita-wanita di luar sana.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
Dengan wanita lain, mudah berkata ya.
Dengan isteri sendiri, asyik bernanti nanti (bertangguh).
Dan Dengan wanita lain, mudah diberi bantuan.
Dengan isteri sendiri, penuh 1001 alasan.
Dengan wanita di luar rumah, mudah belanja makan.
Serta Dengan isteri sendiri, semuanya tunggu hujung bulan.
Dengan wanita lain, pemurah tawa dan senyuman.
Dengan isteri sendiri, bermuram durja alasannya kepenatan.
“Manalah wanita di luar sana tak terlebih manja. Isteri di rumah dah macam singa. Kerana layanan yang diterima menentukan karakter yang dibawa,” ujarnya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?
- GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur
- Fitnah Terbaru Ke Atas DS Najib Dari Netizen Yang Menggunakan Nama Condor Hero
Menurut pendakwah itu, tidak wajar sekiranya suami dipersalahkan 100 peratus, malah ia menunjukkan seolah-olah si isteri tidak perlu berusaha.
“Apapun, bagi saya, menyalahkan suami 100 peratus juga tidak betul kalau si isteri hilang manjanya. Takkan jadi isteri ni kerjanya menyalahkan suami saja, macam diri sendiri tak punya akal dan tak perlu berusaha?
“Saya hilang manja sebab suami. Itu faktor. Tapi janganlah dibebankan semuanya atas lelaki. Rasa low class pula jika jadi wanita yang soal kemanjaan diri pun mahu suami atasi,” kata Sharifah Zahidah.
Pesannya lagi, mencari keseronokan luar dengan bermain kayu tiga merupakan tindakan yang salah, sebaliknya suami isteri perlu duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah itu.
“Kadangkala, suami juga rimas dengan sebahagian perangai wanita. Itu yang ‘manja’ sang isteri, ditafsirkan ‘mengada’ oleh sang suami. Tapi suami pun, kata ada sembilan akal? Takkan hal remeh macam ini pun tak boleh jinakkan isteri?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
Mana pergi ‘sembilan akal’ (mitos) yang konon dibanggakan itu jika hal isteri tak manja sudah buat kau bertindak sehina haiwan yang kerjanya asyik bertukar pasangan?
“Yang paling salah ialah, apabila rasa diri isteri tak manja. Kita pergi manjakan perempuan lain di luar sana. Ini memang sungguh durjana dan tiada justifikasi.
“Isteri tak manja, sila selesaikan isu itu secara berdua. Bukan dengan bermain kayu tiga. Fullstop.
“Cuma ingat, kadangkala faktor isteri sudah hilang jinak manjanya, adalah kerana layanan dan perhatian yang diterimanya sendiri, yang membuatkan manja itu sirna (lenyap),” ujarnya lagi menerusi Facebook.
Untuk rekod, Sharifah Zahidah bukan sahaja bergelar guru bahasa Arab dan al-Quran, malah beliau juga seorang penceramah dan turut mengusahakan perniagaan makanan.
Masjid Putra Jelaskan Isu Dua Darjat
Wanita ‘tak halal’ lebih manja berbanding isteri sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022