Taufan Talas landa Jepun, dua penduduk maut
Taufan Talas landa Jepun, dua penduduk maut
TOKYO: Dua penduduk maut dan puluhan ribu yang lain terputus bekalan elektrik akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat dan ribut besar di negara itu.
Seorang mangsa yang maut berusia 40 tahun selepas rumahnya musnah ditimpa tanah runtuh di Kakegawa, Shizouka.
Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan, taufan Talas kini menghampiri timur laut negara itu, iaitu 100 kilometer dari pantai Omaezaki.
Taufan itu membawa angin dengan kelajuan maksimum 90km sejam.
Susulan itu, agensi tersebut mengeluarkan amaran berhubung ombak kuat, hujan lebat, tanah runtuh dan banjir di kawasan tengah, timur dan utara Jepun termasuk di Tokyo.
Jepun kini berada dalam musim taufan dan berdepan kira-kira 20 keadaan ribut setahun yang menyebabkan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.-AFP
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.
Taufan Talas landa Jepun, dua penduduk maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.