Ambil ‘ubat kuat’ berlebihan, suami isteri maut dalam bilik hotel

Ambil ‘ubat kuat’ berlebihan, suami isteri maut dalam bilik hotel

 

Ambil ‘ubat kuat’ berlebihan, suami isteri maut dalam bilik hotel
PASANGAN suami isteri itu ditemukan tidak bernyawa di bilik hotel di Karanganyar, Jawa Tengah. – AGENSI

PASANGAN suami isteri itu ditemukan tidak bernyawa di bilik hotel di Karanganyar, Jawa Tengah. – AGENSI

JAKARTA: Sepasang suami isteri ditemukan maut akibat pengambilan bahan rangsangan seks secara berlebihan di dalam bilik hotel di Karanganyar, Jawa Tengah.



Lapor Kompas.com, pasangan suami isteri itu merupakan pengantin baharu yang sedang menikmati bulan madu.

Jenazah pasangan itu ditemukan oleh penyambut tetamu hotel berkenaan pada Isnin lalu pada pukul 6 petang waktu tempatan selepas mendapati mereka masih belum mendaftar keluar.

Suami isteri yang dikenali sebagai BH ,30, dan BS, 27, itu pada awalnya bertolak dari rumah mereka di Solo menuju ke Karanganyar pada Sabtu lalu sebelum tiba di hotel berkenaan pada pukul 4.30 petang.

Kedua-duanya menginap di hotel itu sehingga Sabtu dan memaklumkan akan mendaftar keluar pada pukul 4 petang.



Namun, pasangan suami isteri itu tidak keluar sehingga petang Isnin menyebabkan penyambut tetamu pergi ke bilik mereka untuk mengetahui apa yang berlaku.

Pintu bilik diketuk namun tiada sebarang reaksi menyebabkan penyambut tetamu itu mengambil kunci pendua dan membuka pintu.

Selepas pintu dibuka, pasangan suami isteri itu ditemukan sudah meninggal dunia dan laporan polis dibuat segera, manakala jenazah suami isteri itu dibawa ke hospital.

Jurucakap polis Karanganyar, Aditya Prima memaklumkan, punca kematian suami isteri itu disebabkan pembuluh darah mereka pecah akibat pengambilan bahan rangsangan seks secara berlebihan.



Katanya, polis turut menemukan beberapa bahan bukti termasuk bahan rangsangan yang diambil oleh suami isteri tersebut.

Sementara itu, jurucakap hospital pula memberitahu, terdapat kesan kecederaan minimum ditemukan pada jenazah suami isteri itu.

Si suami mengalami pendarahan di bawah mata, manakala isteri pula mempunyai luka di bahagaian bawah mulut.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



PASANGAN suami isteri itu ditemukan tidak bernyawa di bilik hotel di Karanganyar, Jawa Tengah. – AGENSI

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button