Asam Pedas Ayam Style Melaka

Asam Pedas Ayam Style Melaka
Asam Pedas Ayam Style Melaka

Asam Pedas Ayam Style Melaka

Ayam Asam Pedas style Melaka, yang memang tak dinafikan lagi sedap sungguh rasanya. Mula-mula Che Nom tengok ada satu rancangan masak kat TV, perkongsian dari seorang saudara dari Melaka, dengan kuah yang pekat dan bnyk bahan-bahan menarik dimasukkan , sampai teliur lah Che Nom tengok. Resepi asal guna daging tetel, tapi Che Nom tukar dengan ayam.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kisar halus:
    • Anggaran 20 biji cili kering
    • 1/2 sudu besar lada hitam
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 5 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1-2 ketul kunyit
    • 1 ketul kecil belacan
    • sedikit air
  • Bahan-bahan lain:
    • 1 cawan minyak masak
    • 1/2 sudu kecil halba
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 batang serai
    • 2-3 helai daun limau purut
    • 1/2 cawan air pati asam jawa
    • 1 kuntum bunga kantan
    • 6 tangkai daun kesum
    • 1 biji terung bulat
    • sedikit air, untuk lebih berkuah
    • 1 sudu besar kerisik
    • garam dan gula secukup rasa
    • 2 biji tomato
    • 6 batang sayur bendi

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  2. Potong 4 tomato, terung bulat dan bunga kantan.
  3. Sayur bendi potong dan buang hujung je.
  4. Daun kesum
  5. Masukkan kedalam blander cili kering (yang telah direbus dan buang biji), lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan dan sedikit air.
  6. Kisar halus.
  7. Panaskan minyak.
  8. Masukkan sikit halba.
  9. Tumis bahan kisar halus.
  10. Tambah sedikit air dan masak sampailah garing.
  11. Ulang proses tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
  12. Bila cili dah masak, masukkan ayam.
  13. Masukkan serai yang letah dititik atau ketuk sampai pecah.
  14. Masukkan daun limau purut dan masak sehingga kuah kering dan ayam separuh masak.
  15. Masukkan air pati asam jawa.
  16. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, terung bulat, tambah air sikit dan masak sehingga kesemua bahan jadi lembut.
  17. Masukkan kerisik.
  18. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  19. Masukkan tomato.
  20. Tambah air untuk lebih berkuah.
  21. Last sekali masukkan bendi.

Tip:

  • Untuk asam pedas style melaka, akan letakkan kelapa bakar atau kerisik.

Resepi mee kari ‘Chinese Style’.



Asam Pedas Ayam Style Melaka

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button