Resepi Maggi Goreng yang mudah
Resepi Maggi Goreng yang mudah dan cepat disediakan jika anda lapar dan malas nak pergi ke restoran mamak. Kita gunakan maggi goreng perisa Kari (maggi bersama perencahnya sekali). Dalam resepi ini Che Nom letak bahan-bahan serta sayur yang ada dalam peti ais sendiri, tetapi anda boleh tukar mengikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan:
- 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali
- 1 ulas bawang putih, cincang kasar
- 1 biji telur
- sedikit udang
- 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
- kobis
- sawi
- cili padi
- sos cili
- kicap
- limau nipis, untuk perahan
Cara Penyediaan:
- Rebus maggi separuh masak, maksudnya jangan terlalu kembang dan kemudian toskan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Pecahkan telur dan tabur sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan pula udang.
- Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi dan cili padi.
- Tuang kesemua baki perencah maggi tadi, sedikit kicap dan sos cili secukup rasa. Gereng semuanya sehingga sebati.
- Angkat dan hidang bersama hirisan limau nipis.
Tip:
- Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua, nanti maggi akan menjadi kembang dan lembik apabila digoreng nanti.
Resepi Maggi Goreng yang mudah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PKR bergelora, konflik pemilihan calon
- Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang
- ICERD Dan Statut Rom Akan Di Raktifikasikan Sekiranya PH 2.0 Berjaya Ke Putrajaya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.