Netizen Berang Kenyataan Kazar Isu Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah ?
“Terus Hilang Respect..”
Netizen Berang Kenyataan Kazar Isu Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah ?
Pelakon, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, baru-baru ini telah memberikan kenyataan mengenai isu anak perempuannya, Ira Kazar yang didakwa menganggu rumahtangga pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Jelas Kazar, beliau berpendapat apa yang berlaku itu bukanlah ‘perkara yang besar’ dan menitipkan harapan agar mereka dapat berbaik semula.
Kongsi Tangkap Layar Kenyataan Kazar
Terkini, Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik tangkap layar mengenai kenyataan Kazar dan meminta para netizen untuk membincangkan isu tersebut.
“Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumahtangga orang…’ Bincangkan.”-Tulis Puteri Sarah
“Tak Kena Kat Anak Dia Lagi…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap kenyataan Kazar yang disifatkan “menghalalkan” tindakan Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
“Beri sokongan penuh untuk rampas hak orang..Waras tak waras pak samad ni.”“Tak kena kat anak dia lagi boleh la sembang. Mende la.”
“Terus hilang respect kat dia ni. Takmaunya aku nengok kalau si degawan ni berlakon lepas nie.”
“Sebab yang anak dia kejar tu orang kaya. Cuba orang biasa cabuk-cabuk. Dia tentang habis-habis lah.”
Murai MY sebelum ini melapoorkan mengenai kenyataan Puteri Sarah yang tidak akan berdiam diri selagi yang bersalah belum ditangkap. Jelas Puteri Sarah, tarikh perbicaraan oleh Mahkamah Sivil akan berlangsung pada tahun 2023 ini.
Netizen Berang Kenyataan Kazar Isu Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah ?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS
- At Takiri dedah PAS mungkir janji
- Konflik PPBM, Rafiq tanding Masjid Tanah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan