Burger Ramly Special Double
Burger Ramly Special menu yang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia, video sempena hari kemerdekaan Malaysia yg ke 65. Team Che Nom dapat idea nak buat burger ni selepas kami tonton satu video di YotTube channel Steve Owens. Sangat menarik bagaimana mana seorang bangsa asing tercari-cari burger Ramly di Kuala Lumpur dan cuba makan di gerai tersebut. Dari situ, baru Che Nom sedar yang burger jenama Ramly sangat sinonim dengan rakyat Malaysia, dari semua bangsa dan org luar pun boleh tau.
Walaupun burger ni asal nya makanan barat, tapi cara burger Ramly dimasak di gerai-gerai jalanan sejak tahun 80an sampai lah sekarang memang sangat unik, sangat local dan tersendiri.
Terima kasih kepada pengasas jenama Ramly iaitu Dato Haji Ramly & isteri kerana telah cipta produk yang membanggakan rakyat Malaysia dan tetap masih hebat sampai sekarang.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan:
- Roti burger
- Bawang holland
- Timun
- Daun salad
- Marjerin
- Sos Worcestershire
- Sos perasa Maggi
- 2 keping daging burger lembu Ramly
- 1 telur
- Serbuk lada sulah
- 1 keping keju Cheddar
- 1 senduk sos lada hitam
- 2 senduk air
- Sos keju segera
- Mayonis
- Sos cili
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk penyediaan bahan:
- Hiris nipis bawang holland, timun potong halus (atau parut) dan daun salad potong kasar.
- Masak serbuk sos keju segera dengan sedikit air sehingga mendidih dan pekat. Sejukkan dan masukkan dalam botol.
- Cairkan sos black pepper dengan air. Masak sos sampai mendidih dan ketepikan.
- Cara-cara untuk masak:
- Letak sedikit marjerin dan masak daging burger sehingga garing.
- Letak sedikit Sos Worcestershire atau Sos Seasoning Maggi atas daging burger. Kerap alih dan kemudian angkat.
- Sapu roti burger dengan marjerin dan bakar roti sampai garing sebelah bawah.
- Pukul telur dan goreng atas api perlahan. Ratakan telur sehingga nipis, tabur lada sulah dan tutup api.
- Celup daging burger dalam sos black pepper dan letak atas telur. Letak jugak cheddar cheese, sos cheese, satu lagi daging dan bungkus dengan telur.
- Letak salad atas roti, bawang, sos cili, bungkusan daging double, mayonis, sos cili, timun dan tutup dengan roti.
Tip:
- Untuk salad Che Nom rendam dalam air ais kejap, nanti salad akan jadi lebih segar dan crunchy. Untuk lebih sedap boleh ganti salad iceberg.
- Kena guna api perlahan untuk goreng telur dan ratakan telur dengan cepat.
Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
Burger Ramly Special Double
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji manifesto PRU15 PH di umum oleh Anwar ada ‘Tapi’ nya.
- Kemajuan negara akan terbantut selagi ada politik cara Mahathir.
- Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN