Resepi Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam Sedap
Resepi Nasi Ayam Sedap

 

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap dan sangat sesuai dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu . Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Jangan takut untuk menyediakan hidangan ini kerana Resepi ini telah diolah bagi memudahkan anda untuk memasaknya.

Satu tip yang boleh Che’ Nom kongsikan sekiranya anda ingin menyediakan hidangan Nasi Ayam ini kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah adalah untu majlis-majlis tertentu untuk kuantiti yang agak banyak . Anda boleh menyediakan sos dan kuah kicap satu hari sebelum majlis. Ini boleh menjimatkan masa kerana pada hari majlis anda boleh menumpukan masa untuk menyediakan nasi dan ayam, kerana proses penyediaan nasi dan ayam mengambil masa yang agak lama.

Untuk ayam pula, ayam bersaiz kecil atau sederhana lebih susuai kerana lebih garing dan kurang berlemak. Ayam yang diperap bolehlah digoreng sebaik sahaja tetamu sampai kerumah kerana ianya lebih sedap dihidangkan panas-panas dan masih garing. Selamat mencuba!.



 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan untuk ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 2 cm halia, ditumbuk halus
    • 1 kiub ayam
  • Bahan untuk ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 cm halia, ditumbuk halus
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 1 sudu besar kicap cair
    • Sedikit madu untuk sapuan
  • Bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air rebusan ayam
    • 2 sudu besar butter
    • 1 cm halia ditumbuk halus
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
    • Sedikit garam
    • 2 bunga lawang*
    • 4 buah pelaga*
    • 1 kayu manis*
    • 1 batang serai ketuk
    • 2 helai daun pandan
    • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
  • Bahan untuk sos:
    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Bahan untuk sup:
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar, dikisar
    • Rempah sup bunjut
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • Bahan untuk kuah kicap:
    • Kuah kicap perapan ayam di atas
    • Kicap manis cap kipas udang
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara untuk ayam:
    1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
    2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
    3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
    4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
  2. Cara untuk memasak nasi:
    1. Basuh beras dan tos air.
    2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
  3. Cara untuk memasak sup:
    1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
  4. Cara untuk memasak sos:
    1. Kisarkan semua bahan di atas.
    2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
  5. Cara untuk memasak kuah kicap:
    1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

 

Tip:

 

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

 

Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak



Resepi Nasi Ayam Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button