Resepi Breakfast Bar
Resepi Breakfast Bar, sarapan berkhasiat di pagi hari.
Bahan-bahan:
- 115g mentega tanpa garam
- 110g gula perang lembut
- 3 sudu besar mentega kacang rangup
- 1/4 cawan madu
- Parutan kulit dari sebiji oren
- 2 1/2 cawan rolled oat
- 150g campuran buah-buahan kering (kismis, hirisan aprokot, prun)
- 150g campuran bijian (biji labu, biji bunga matahari, almond, walnut), mengikut pilihan anda
Cara Penyediaan:
- Gris baking tray yang berukuran 20cm persegi dengan sedikit mentega.
- Di dalam periuk kecil, panaskan mentega tanpa garam, gula perang, mentega kacang, parutan kulit oren dan madu. Kacau di atas api perlahan sehingga sebati.
- Masukkan rolled oat, bahan buahan kering dan bijian kemudian kacau sebati.
- Tuang di atas baking tray dan tekan dengan sudu supaya mampat. Tabur sedikit lagi bijian dan madu di permukaan.
- Panaskan oven kepada suhu 160 darjah celcius. Apabila sudah sedia masukkan baking tray ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bertukar warna keemasan.
- Sejukkan dan potong.
Tip:
- Angkan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dipotong.
- Jika anda menggunakan almond atau walnut, pastukan dibakar seketikan di dalam oven supaya masak dan rangup.
Resepi Breakfast Bar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :