Kanak-kanak Singapura usia 6 tahun tawan kem induk Everest

Kanak-kanak Singapura usia 6 tahun tawan kem induk Everest

Kanak-kanak Singapura usia 6 tahun tawan kem induk Everest
OM Madan Garg sampai ke kem induk Everest selepas berjaya menempuh perjalanan selama 10 hari. – MAYUR GARG

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun menjadi individu paling muda di republik ini yang berjaya sampai ke kem induk Gunung Everest setinggi 5,364 meter.

Om Madan Garg ketika ini gembira meraikan pencapaian yang diimpikan oleh kebanyakan rakyat di republik ini.

Dalam wawancara dengan Channel News Asia (CNA), Om berkongsi pengalaman getir sebelum tiba ke kem induk gunung tertinggi di dunia itu dalam ekspedisi selama 10 hari bersama ibu bapanya pada Oktober lalu.



Menurut Om, perjalanan menuju ke kem induk selatan di Nepal bukan mudah seperti disangka malah terpaksa menempuh perjalanan sejauh 65 kilometer (km) dan beberapa cabaran termasuk kelewatan pada permulaan misi dan masalah kesihatan.

“Apabila sampai di kem induk, perkara pertama saya lakukan adalah membaling topi saya sebagai simbol kejayaan.

“Kami sekeluarga mendaki ke atas batu kem induk Gunung Everest dan mengambil gambar sebagai kenangan. Kami juga mengibarkan bendera Singapura,” katanya.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Selepas pulang ke tanah air pada akhir Oktober lalu, Om dianugerahkan sijil Singapore Book of Records dalam satu majlis diadakan hadapan rakan-rakan sekolahnya di Canossaville Preschool.

Sementara itu, bapa Om, Mayur Garg berkata, suhu paras tahap beku bukan satu-satunya cabaran perlu dihadapi oleh mereka sekeluarga ketika melakukan misi tersebut.

Katanya, ketinggian, cuaca dan laluan mendaki yang sukar turut memberi cabaran kepada ahli keluarganya walaupun terdapat malim gunung dan pekerja yang menemani mereka.



“Malah, perjalanan kami tertunda selama tiga hari apabila kami tidak dapat terbang dari Lapangan Terbang Kathmandu ke Lukla untuk memulakan pendakian kami akibat cuaca buruk.

“Kami juga menghabiskan masa selama 10 jam keesokan harinya menunggu di lapangan terbang sebelum dapat meneruskan perjalanan dengan menaiki helikopter,” ujarnya.

PAU 2020 – UMNO Mesti Jadi Induk Negara



Kanak-kanak Singapura usia 6 tahun tawan kem induk Everest


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlu tubuh RCI perbelanjaan RM600 bilion 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button