Tabung kecemasan Nad Zainal berjaya kumpul RM43,987.50

Sudah diserahkan kepada keluarga 

"<yoastmark

TABUNG Kecemasan Nad Zainal berjaya meraih sumbangan sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu sumbangan tersebut sudah pun diserahkan kepada ibu bapa Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagi urusan pembayaran hospital.”Mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.

“Ini termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru Aswara, produser TV, rakan-rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat Nad Zainal,” katanya menerusi hantaran di Instagram.



"<yoastmark

Sehubungan dengan itu, Sakinah berkata, kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy dihentikan buat masa ini.

“Terima kasih atas semua titipan doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita.

“Semoga usaha kita ini dipermudahkan dan sahabat kita kembali sihat,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru.

Terbaharu, keadaan pelakon itu dilaporkan menunjukkan perkembangan positif namun kembali direhatkan ekoran paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.

Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal



Tabung kecemasan Nad Zainal berjaya kumpul RM43,987.50


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading