Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

Oreo Cheesecake Tanpa Bakar
Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

 

Oreo Cheesecake yang tak perlu dibakar serta mudah sangat disediakan. Cuma sejukkan dalam peti ais je. Cheesecake ni sangat lembut,creamy, tak muak rasanya, dan bila makan sejuk2, rasanya macam makan aiskrim. Buat peminat oreo dan cheese, anda pasti suka. Resepi ni menghasilkan cheesecake kecil saiz 6 inci. Boleh gandakan resepi dan guna loyang 11inci atau 12inci. Boleh ganti dengan  OREO RED VELVET. Resepi sama sahaja.

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk lapisan bawah / crust:
    • 12 biji oreo (asingkan inti gula)
    • 2 sudu besar/ 30g butter unsalted
  • Bahan-bahan untuk lapisan tengah / filling:
    • 250 g cream cheese
    • inti gula (dari 12 biji oreo di atas)
    • 2 sudu besar/ 28g gula kastor
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu besar jus lemon
    • ¾ sudu besar serbuk gelatin
    • 200 ml whipping cream
    • 6 biji biskut oreo (patahkan)
  • Bahan untuk serbuk lapisan atas:
    • 5 biji biskut oreo (buang inti gula)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk lapisan kerak bawah:
    1. Asingkan kepingan biskut dan inti gula Oreo ditengah.
    2. Inti gula diketepikan manakala biskutnya dihancurkan untuk lapisan bawah kek.
    3. Cairkan butter kemudian tuang ke dalam serbuk oreo.
    4. Tuang adunan tadi kedalam loyang (springform yang boleh dibuka bahagian bawah) dan ratakan.
    5. Tekan rata dgn sudu.
    6. Simpan ke dalam peti sejuk.
  2. Cara-cara untuk adunan coklat cheesecake:
    1. Perah lemon dan ambil jusnya.
    2. Kemudian gelatin, tambah air suhu bilik sikit bagi gelatin lembut dulu kemudian tampah air panas sedikit dan kacau sampailah larut.
    3. Patah-patahkan biskut Oreo.
    4. Masukan creamcheese kedalam mangkuk adunan diikuti dengan inti gula Oreo (dari Oreo bahagian kerak tadi), lenyek-lenyekan supaya adunan bergaul sebati dengan creamcheese.
    5. Diikuti dgn esen vanilla, jus lemon dan gelatin, kacau sebati.
    6. Sediakan whipping cream.
    7. Putar sampai jadi pekat kental.
    8. Masukkan whipping cream kedalam adunan creamcheese tadi dan kacau sekata.
    9. Kemudian masukan Oreo (telah dipatahkan).
    10. Keluarkan loyang dari peti ais dan tuang kesemua adunan
    11. Ratakan permukaan, balut plastic dan masukan kedalam freezer 10 minit.
  3. Cara-cara untuk ganache:
    1. Asingkan biskut dan inti gula kemudian hancurkan biskut tadi.
    2. Tbur sekata atas adunan cheesecake dan ratakan.
    3. Balut plastic dan sejukkan semalaman.

 

Tip:

 



  • Untuk memudahkan kek ditangalkan lilit loyang dengan towel yang dicelup dalam air suam.
  • Untuk potongan cantik dan kemas, rendam pisau kedalam air panas, dan lap bersih setiap kali potongan.

Resepi Sandwich Tuna Cheese Leleh

Oreo Cheesecake Tanpa Bakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button