Kanak-kanak lelaki lapan tahun meninggal dunia dalam kemalangan di Pendang

Kanak-kanak lelaki lapan tahun meninggal dunia dalam kemalangan di Pendang

Kanak-kanak lelaki lapan tahun meninggal dunia dalam kemalangan di Pendang
Kereta Proton Waja yang dinaiki lima beranak yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Proton Persona menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun meninggal dunia. – Fot

PENDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki bersama ibu serta tiga adik beradiknya terbabit dalam kemalangan di Kampung Padang Durian, di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Fakrusy Syakirin Muhamad Muhayidin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian berlaku jam 4.30 petang membabitkan dua kereta iaitu Proton Waja dan Proton Persona.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Waja yang dinaiki mangsa yang dipandu ibunya berusia 38 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Baling ke Kampung Belat, di sini.

“Sebaik tiba di Kampung Padang Durian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak lelaki terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pendang, manakala ibu serta tiga beradiknya yang berusia antara tiga, 6 dan 12 tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Arriz Sham berkata, setakat ini ibu mangsa serta seorang daripada anaknya sedang dirawat di Zon Merah HSB manakala dua lagi anaknya mengalami cedera ringan.



Beliau berkata, dua mangsa lagi yang berada dalam kereta Proton Persona itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

“Mayat kanak-kanak lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik HSB di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sungai Pendang terus catat paras bahaya



Kanak-kanak lelaki lapan tahun meninggal dunia dalam kemalangan di Pendang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button