Paprik Seafood Ala Thai
Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh menandingi kesedapan paprik jika dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci utama kepada sedapnya masakan ini ialah seafood dan bahan- bahan yang segar. Bagi mendapatkan rasa ala Thai, jangan lupa letakkan sos ikan kerana itulah bahan utama yang selalu digunakan oleh tukang masak Thai, terutamanya masakan seafood.
Che Nom gunakan sotong dan udang untuk resepi ni, boleh ditambah lain-lain seafood kegemaran anda. Memang sedap dan anda harus cuba resepi istimewa ini.
Bahan-bahan:
- 4-5 ekor sotong, potong bulat
- 8 ekor udang, bersihkan dan buang kulit
- 3 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
- 2 inci halia, potong mancis
- 1 batang serai, ketuk
- 3 sudu besar cili kisar, carikkan
- 4 helai daun limau purut
- 6 biji cili padi, tumbuk bagi pecah
- Kacang panjang
- Jagung kecil
- Bunga kubis
- Karot
- sedikit minyak, untuk menumis
- Bahan untuk sos:
- 1 sudu besar sos ikan
- 1-2 sudu besar kicap pekat manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
- Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
- Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kubis bunga, jagung kecil dan karot.
- Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.
Tip:
- Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos. Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.
- Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.
Paprik Seafood Ala Thai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
- Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?
- Pemilihan UMNO : Siapa calon proksi Muhyiddin dan Mahathir?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu