Resepi Udang Goreng Kunyit
Resepi udang goreng kunyit yang paling simple. Pasti membuka selera jika dimakan dengan nasi panas.
Bahan-bahan:
- 6 ekor udang saiz besar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 ulas bawang merah, hiris nipis
- 1 biji cili merah, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
- Garam secukup
- 3 sudu besar minyak masak
Cara Penyediaan:
- Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
- Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
- Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
Tip:
- Jangan goreng terlalu lama kerana udang akan menjadi keras kerana terlebih masak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat