Pasangan remaja ditahan, disyaki khalwat di hotel bajet

Pasangan remaja ditahan, disyaki khalwat di hotel bajet

Pasangan remaja ditahan, disyaki khalwat di hotel bajet
– Foto hiasan

KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat bersama pasangannya berumur 18 tahun ditahan kerana disyaki berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi tadi.

Mereka ditahan kira-kira jam 4 pagi dalam Operasi Ambang 2023 dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata pasangan berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baharu 2023.



“Hasil pemeriksaan ketika operasi mendapati mereka disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan mencurigakan.

“Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan hukum syarak.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam operasi sama yang bermula jam 4 petang semalam dan berakhir jam 4.30 pagi tadi, beliau berkata, seramai 11 wanita turut diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan, manakala satu kes diberikan amaran keras.



Beliau menjelaskan, fokus utama operasi itu ialah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.

“Kita menasihati semua supaya tidak melakukan kesalahan syariah, termasuk kemungkaran, dan sentiasa menjaga diri.

“Selain itu, pihak kita juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam, termasuk di pasar raya dan tempat tumpuan ramai, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Wanita hamil 3 bulan dicekup khalwat



Pasangan remaja ditahan, disyaki khalwat di hotel bajet


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button