4,000 kediaman tanah ceroboh di Haldwani ditangguh roboh

4,000 kediaman tanah ceroboh di Haldwani ditangguh roboh

4,000 kediaman tanah ceroboh di Haldwani ditangguh roboh
KERETA API melintasi kejiranan tanah ceroboh Banbhulpura di Haldwani, India. -Al Jazeera

UTTARAKHAND: Mahkamah Agung India menangguhkan proses perobohan lebih 4,000 kediaman yang didakwa menceroboh tanah milik kereta api di bandar Haldwani di utara Uttarakhand.

Hakim mahkamah itu menetapkan, proses yang melibatkan lebih 50,000 penduduk itu tidak boleh dilakukan dalam tempoh semalaman.

Katanya, perlu ada pengasingan orang yang tidak mempunyai hak ke atas tanah dan keperluan untuk proses pemulihan kereta api.



Pada 20 Disember lalu, terdapat satu perintah dari mahkamah tinggi di utara negeri itu yang mengisytiharkan 4,365 rumah bersebelahan dengan laluan kereta api di tanah jajahan Banbhulpura, Haldwani adalah haram dan oleh itu akan dirobohkan.

Mahkamah Agung sudah meminta jawapan daripada Keretapi India (Indian Railways) dan kerajaan Uttarakhand, seterusnya akan mendengar perkara itu pada 7 Februari.

Keputusan mahkamah tertinggi itu melegakan kira-kira 50,000 orang yang kebanyakannya beragama Islam di bandar Himalaya yang terletak kira-kira 300km (186 batu) dari ibu negara persekutuan, New Delhi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 



Penduduk yang berkumpul di dua tempat iaitu wanita dan lelaki secara berasingan untuk menunaikan solat berjemaah sejak pagi Khamis berkata, mereka berasa lega dan berterima kasih kepada mahkamah atasan kerana mempertimbangkan nasib mereka dari sudut kemanusiaan.

Peguam bela Mahkamah Agung, Rashmi Singh berkata, pejabatnya merangka petisyen bagi pihak penduduk Banbhulpura.

“Ia (keputusan mahkamah itu) sebagai ‘perintah yang baik.

“Hujah utama yang didapati mahkamah ialah anda tidak boleh ‘memusnahkan’ begitu banyak keluarga dalam masa seminggu kerana sebahagian daripada mereka adalah pemegang pajakan dan ramai yang mendapat harta itu secara adil dan saksama melalui lelongan awam yang dijalankan oleh negeri, ” katanya kepada Al Jazeera.



Rumah tepi laut roboh, ibu dan anak perempuan cedera

4,000 kediaman tanah ceroboh di Haldwani ditangguh roboh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button