Gempa kuat musnahkan puluhan rumah, penduduk lari dalam gelap

Gempa kuat musnahkan puluhan rumah, penduduk lari dalam gelap

Gempa kuat musnahkan puluhan rumah, penduduk lari dalam gelap
SEBUAH rumah di kampung Watwey di Maluku musnah akibat gempa bumi yang melanda awal pagi tadi.-AGENSI

JAKARTA: Puluhan rumah penduduk dan bangunan rosak selepas gempa bumi dasar laut dengan kekuatan 7.6 skala Richter menggegarkan timur Indonesia dan turut dirasai di sebahagian besar kawasan di utara Australia.

Gempa bumi yang berlaku pada awal pagi itu menggemparkan penduduk yang sedang tidur sehingga mereka berpusu-pusu keluar dari rumah walaupun dalam keadaan gelap gelita.

“Ramai penduduk merasakan gegaran yang agak kuat dan panjang. Kami semua kemudian berlari menuju ke tempat yang tinggi dan menjauhi pantai ketika gempa terjadi.



“Keadaan agak sukar dan menakutkan kerana keadaan sangat gelap ketika langit belum cerah waktu awal pagi ditambah pula bekalan elektrik yang terputus akibat gegaran,” jelas seorang penduduk, Apud.

Sebanyak lapan buah rumah penduduk di Saumlaki di wilayah Kepulauan Tanimbar dan daerah Wuarlabobar musnah sementara puluhan lagi bangunan, rumah dan jalan di beberapa kawasan lain turut mengalami kerosakan teruk.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BKMG) gempa bumi tersebut berlaku di barat laut Maluku dengan kedalaman 131 kilometer di bawah paras laut.

BMKG melaporkan beberapa gegaran susulan pada magnitud 5.5 dan mengeluarkan amaran tsunami namun ditarik balik tiga jam kemudian.



Sementara itu, Geosains Australia berkata, lebih 1,000 orang di utara Australia termasuk di bandar Darwin turut merasakan aktiviti sismik itu tetapi Pusat Amaran Tsunami Bersama Australia berkata, gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami di negara itu.-AGENSI

Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

 



Gempa kuat musnahkan puluhan rumah, penduduk lari dalam gelap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

DISYORKAN UNTUK ANDA :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button