Satu perempat tentera Britain obes

Satu perempat tentera Britain obes

Satu perempat tentera Britain obes
HAMPIR 40,000 daripada 145,000 anggota tentera mengalami masalah berat badan berlebihan sejak lima tahun lalu. – AGENSI

LONDON: Satu laporan mendedahkan seorang daripada empat anggota tentera di Britain mempunyai berat badan berlebihan atau diklasifikasikan sebagai obesiti berbahaya.

Lapor Daily Mail, pegawai atasan didakwa `gagal memimpin dan mengurus’ berhubung masalah berat badan berlebihan dalam kalangan anggota tenteranya.

Kira-kira 40,000 daripada jumlah 145,000 anggota tentera mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti dalam tempoh lima tahun lalu.



Laporan itu turut mendedahkan seramai 5,200 anggota tentera yang mempunyai berat badan berlebihan diberhentikan kerja kerana masalah kesihatan sejak tahun 2010.

Anggota tentera yang paling obes diarah keluar atas alasan masalah kesihatan selepas berat badannya mencecah hampir 190 kilogram (kg).

Dilaporkan, lebih 800 anggota tentera yang diberhentikan disebabkan masalah kesihatan mempunyai berat badan lebih 114kg.

Statistik Kementerian Pertahanan Britain mendedahkan lebih 1,100 anggota tentera menghidap diabetes Jenis 2, yang sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Data juga menunjukkan seramai 1,113 anggota tentera turut mengalami tekanan darah tinggi dan lebih 100 anggota menghidap penyakit jantung.

Tambah laporan itu, bagi menangani masalah berat badan dalam kalangan tentera, lebih 850 anggota telah diberi pil diet sejak tahun 2014.

Malah, lebih 60 anggota tentera pula sudah menjalani prosedur liposuction atau sedut lemak.

Sementara itu, bekas komander tentera Britain di Afghanistan, Kolonel Richard Kemp berkata, hampir setiap anggota tentera lelaki atau wanita menjadi obes ketika berkhidmat.



“Tiada alasan untuk kes sedemikian kecuali bagi mereka yang menghidap penyakit atau mengalami kecederaan yang mengakibatkan kegemukan.

“Ini menunjukkan kegagalan kepimpinan dalam kalangan pegawai atasan yang bertanggungjawab memastikan anggotanya kekal cergas dan sihat serta bersedia untuk berperang,” katanya.

 

Satu perempat tentera Britain obes


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button