Dituduh curi lebih setengah juta ringgit duit suami, barang kemas ibu mentua
Dituduh curi lebih setengah juta ringgit duit suami, barang kemas ibu mentua
MELAKA: Polis menahan seorang wanita disyaki mencuri wang tunai dan barangan kemas milik suami dan mentuanya, dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit di rumah mereka di Taman Permatang Pasir Perdana, Alai, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata wanita berusia 37 tahun itu ditahan pada Rabu lalu, susulan laporan dibuat suaminya yang menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang berlesen.
Menurutnya, berdasarkan laporan, pengadu berusia 35 tahun itu mendakwa menyedari kehilangan wang tunai dan barangan kemas miliknya dan ibu selepas dia pulang dari Kuala Lumpur ke rumah di Alai pada 4 Januari lalu.
“Ketika memeriksa dua peti besi miliknya sekitar jam 6.30 petang di tingkat dua dan tiga, pengadu terkejut mendapati wang tunai hasil perniagaan harian berjumlah kira-kira RM520,000 lesap. Pengadu mendakwa dalam dua peti besi itu juga ada wang tunai tidak diketahui jumlah dan barang kemas ibunya.
“Disebabkan tiada kesan kerosakan pada kedua-dua peti besi, lelaki itu mengesyaki wang tunai dan barang kemas dicuri isterinya sendiri sebelum membuat laporan di Balai Polis Kandang, pada jam 11.42 malam hari sama,” katanya dihubungi di sini.
Christopher berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menjalankan siasatan sebelum menahan suspek pada 25 Januari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
Katanya, wanita itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Chengal 4, Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira jam 9 malam yang kemudian direman selama dua hari bermula Khamis lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek bagi membantu siasatan. Hasil siasatan awal, suspek mendakwa ada memulangkan wang tunai RM280,000 kepada iparnya dan dia turut membuat laporan di Balai Polis Kandang menafikan terbabit dalam kes yang disiasat.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.
Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas
Dituduh curi lebih setengah juta ringgit duit suami, barang kemas ibu mentua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
- Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.
- Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.
- ‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas