Kes 2 beradik maut renjatan elektrik di Bangi ke Jabatan Peguam Negara
Kes 2 beradik maut renjatan elektrik di Bangi ke Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Laporan siasatan berhubung kemalangan elektrik yang meragut nyawa dua beradik di Bangi, dekat sini pada September tahun lalu, sudah dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Suruhanjaya Tenaga melalui kenyataan memaklumkan, laporan penuh itu dimajukan selepas pihaknya melengkapkan siasatan kes mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
“Suruhanjaya Tenaga telah selesai menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan kemalangan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
“Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas pihak yang bersalah.
“Laporan Siasatan telah dimajukan Suruhanjaya Tenaga kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya.
Dalam kejadian 30 September tahun lalu, Adam Harish Zamri, 10 dan adiknya, Adam Haziq yang berusia sembilan tahun yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam kolah di luar kediaman mereka.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui kenyataan susulan kejadian itu mengesahkan tiada talian terputus dari tiang miliknya yang menimpa bumbung rumah mangsa sehingga meragut nyawa dua kanak-kanak itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
Mengulas kejadian di kampung Teras Jernang itu, Suruhanjaya Tenaga memaklumkan mangsa pertama maut akibat terkena renjatan semasa memegang tiang besi ampaian kain yang bersambung dengan bumbung zink rumah yang bertenaga, manakala mangsa
kedua yang juga terkena renjatan ketika cuba menyelamatkan abangnya.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Tenaga mengingatkan mana-mana pemilik rumah supaya tidak membuat sebarang pengubahsuaian rumah atau melakukan penambahan struktur rumah sehingga mengganggu laluan sesalur atas voltan rendah (SAVR) atau pepasangan TNB seperti meter, tiang dan lain-lain.
“Pemilik rumah perlu membuat permohonan kepada pihak TNB untuk mengalihkan pepasangan elektrik terbabit.
“Mana-mana orang awam yang menjalankan aktiviti selain kerja elektrik berhampiran pepasangan elektrik sehingga menyebabkan gangguan bekalan atau kerosakan kepada harta benda boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Subsekyen 33(D) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000,” katanya.
Orang ramai juga diminta melapor dan membuat aduan sekiranya mengesan sebarang kejanggalan pada pepasangan TNB seperti tiang condong, talian servis kendur atau bersentuhan bumbung atau struktur logam bangunan, pepasangan berbahaya dan lain-lain kepada TNB melalui talian 15454 bagi Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Tenaga melalui talian 03-8870 8800 atau emel ke eaduan@st.gov.my.
Lokasi dua beradik maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen di pekarangan kediaman mereka di Kampung Teras Jenang, Dengkil, baru-baru ini. – Foto fail NSTP
Kes 2 beradik maut renjatan elektrik di Bangi ke Jabatan Peguam Negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
- Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.
- Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.
- ‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?