Resepi Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Masak Merah yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa.
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 1 cawan santan (optional)
- Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 1 ulas kecil kunyit
- 1 batang serai hiris nipis
- 10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji
- Bahan untuk ditumis :
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 1 Kulit kayu manis
- Satu tangkai daun kari
Cara Penyediaan:
- Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
- Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
- Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
- Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang
Tip:
- Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya
Resepi Ayam Masak Merah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.