Resepi Kari Ikan Siakap

Resepi Kari Ikan Siakap
Resepi Kari Ikan Siakap

 

Resepi Kari Ikan Siakap ini sebenarnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom di kampung. Kalau ada ikan siakap yang segar dari pasar selain dari dimasak ikan bakar, mak Che Nom akan masak kari (atau gulai kata orang utara) bersama dengan tomato atau bendi.

Rahsia untuk mendapatkan kari ikan yang sedap ialah serbuk kari harus betul-betul masak sampai pecah minyak. Barulah kuah yang terhasil nanti sedap dan juga tidak mudah basi.

 



Bahan-bahan:

 

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 pek serbuk kari ikan, atau dalam anggaran 2 1/2 sudu besar
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mankuk santan pekat
  • 3 biji tomato
  • bendi
  • minyak untuk menumis
  • Bahan hiris nipis atau tumbuk halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • Bahan rempah tumis:
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Potong ikan siakap kepada blok kecil. Basuh dan toskan.
  2. Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  3. Panaskan minyak. Masukkan bahan hiris nipis, bahan rempah tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadis sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tidak hangus.
  5. Masukkan ikan dan santan cair. Tutup periuk dan biarkan ikan masak seketika.
  6. Masukkan pula santan pekat bersama tomato atau bendi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 



Tip:

 

  • Anda boleh juga gunakan santan kotak. Tapi haruslah pandai mengagak banyak mana air yang hendak dimasukkan supaya dapat kepekatan kuah kari seperti yang anda suka.
  • Gunakan periuk yang tebal permukaannya supaya rempah kari tidak cepat hangus semasa proses menumis.
  • Semasa proses memasak kari ikan, hati hati semasa mengacau kuah supaya ikan tidak hancur.

 

Siakap 3 Rasa Ala Thai



 

 

Resepi Kari Ikan Siakap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button