Kuih Seri Muka Gerenti Jadi Dan Sedap
Resepi kuih seri muka atau orang utara panggil pulut sekaya yang gerenti jadi dan pasti sedap. Resepi ni dikongsi oleh ibu mertua sahabat baik Che Nom iaitu Cikgu Jun. Setelah cuba masak resepi ni, terus Che Nom rasakan inilah the perfect seri muka yang di cari-cari selama ini.
Bahan-bahannya semua sama je macam resepi mak Che Nom, cuma biasalah kan kalau resepi orang lama ni banyak nak kena agak-agak, jadi bila dapat resepi yang dah ada sukatan memang senang nak buat. Cuma ada sedikit sahaja penambahan sahaja dari resepi asal.
Boleh juga kalau anda nak masak sekejap bahagian hijau atas tu bagi suam sikit sebelum kukus. Tapi Che Nom lebih prefer kukus je terus cara orang lama.
Memang sedap kuih ni. Kalau buat minum petang dengan Teh 0 sambil mem’bawang’ confirm lah tak sedar dah habis setalam.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk lapisan bawah (pulut kukus):
- 2 cawan/ 400 g pulut
- 2 cawan/ 250 ml santan cair
- 1 sudu besar gula putih
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- Sedikit minyak (untuk gris Loyang)
- Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):
- 8 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- 3/4 cawan air
- *kita nak blend hasilkan 1/2 cawan pati pandan
- Bahan-bahan untuk lapisan atas (B):
- 1 ½ cawan/ 190 ml santan pekat
- 1 cawan/ 200g gula putih
- 1/2 cawan/ 60g tepung gandum
- 5 biji telur size A
- 1/2 cawan/ 62 ml pati pandan (Bahan A)
- 1 sudu kecil garam
- setitik dua pewarna hijau
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk lapisan bawah (pulut kukus):
- Rendam pulut minimum 2 jam, kemudian tapis airnya.
- Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula garam dan daun pandan.
- Kukus selama ½ jam atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gembur-gerburkan sedikit.
- Gris loyang dengan minyak. Lapik dengan kertas baking. Boleh juga kalau nak guna plastic.
- Tuang pulut kukus, tekan-tekan supaya rapat.
- Cara-cara untuk kuih seri muka:
- Kisar semua bahan (A) dan kemudian tapis.
- Kisar sehingga halus kesemua bahan (B) bersama ½ cawan bahan kisar (A).
- Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu, tujuan supaya melekat bila kukus nanti.
- Tuang bahan kisar lapisan hijau.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak
Tip:
- Bahagian pulut kukus kena lebih berasa sikit masinnya supaya dapat seimbangkan dengan rasa manis bahagian atas hijau.
- Tunggu kuih sehingga betul-betul sejuk dahulu barulah dipotong. Kalau masih panas nanti kuih lembik dan tak cantik bila potong.
- Sapu pisau dengan sedikit minyak supaya mudah dipotong.
Kuih Seri Muka Gerenti Jadi Dan Sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Umum rehat politik, Azmin takut kalah
- Sudah tukar Empat Perdana Menteri masih tidak mampu dakwa Zeti.
- Pemilihan – ‘Broker’ pasang proksi untuk kuasai Umno
- Yang dipecat dan digantung keahlian letak harapan pada calon proksi dipemilihan UMNO.
- Netizen gesa tindakan tegas atas bekas atlet
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.