Nahas helikopter: Pegawai polis Jambi, kru berjaya dipindahkan
Nahas helikopter: Pegawai polis Jambi, kru berjaya dipindahkan
JAKARTA: Ketua Polis Jambi bersama empat pegawainya dan tiga kru yang dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter milik polis dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan Jambi, Indonesia, berjaya ditemukan.
Kesemua pegawai polis dan kru yang berada dalam helikopter itu yang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bukit Tamia di daerah Kerinci, wilayah Jambi berikutan cuaca buruk, sudah dipindahkan dengan selamat.
Lapor portal Antara, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Jambi, Pesuruhjaya Kanan Prianto berkata, Ketua Polis Jambi, Inspektor Rusdi Hartono berjaya dipindahkan pada pukul 4.38 petang (waktu tempatan).
Katanya, Hartono kemudian dibawa ke Pusat Krisis di daerah Merangin dengan menaiki helikopter Super Puma milik Angkatan Tentera Udara Indonesia.
Sebelum memindahkan Hartono, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memindahkan empat lagi pegawai polis Jambi.
Empat pegawai itu terdiri daripada pembantu juruterbang, Pesuruhjaya Adjung (AKP) Amos Fredily; aide-de-camp (ADC) kepada Ketua Polis Jambi, Brigedier Aditya; Pengarah Siasatan Jenayah, Pesuruhjaya Kanan Andri Ananta dan Pengarah Polis Air dan Udara, Pesuruhjaya Kanan, Muchael Bumbunan.
Pasukan SAR juga berjaya memindahkan juruterbang, AKP Ali Nurdin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
- Parti Bersatu akan hadapi Enam PRN dengan bawa imej ‘Hoi Ya Hoi”
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Wan Saiful Di Heret Ke Mahkamah, UMNO Pula Yang Muhyiddin Salahkan
Prianto memaklumkan Hartono merupakan pegawai keenam yang dipindahkan dalam operasi SAR memandangkan ketua polis itu meminta pasukan penyelamat mengutamakan pemindahan pegawai lain terlebih dahulu.
Selain itu, katanya, Penyelaras Kakitangan Peribadi Eksekutif, Pesuruhjaya A Yani dan pegawai mekanik, Inspektor Adjung Kedua Susilo, dipindahkan pada pukul 5.23 petang (waktu tempatan).
“Ketika ini, semua pegawai polis berjaya dipindahkan dan mereka sudah dibawa ke Hospital Jambi Bhayangkara untuk dirawat akibat kecederaan dialami.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, selain tangan kanan Ketua Polis Jambi patah, beliau juga menyatakan belakangnya turut berasa sakit,” katanya.
Ahad lalu, sebuah helikopter Bell 412 SP dengan nombor pendaftaran P-3001 yang membawa kumpulan pegawai polis itu terpaksa melakukan pendaratan cemas berikutan cuaca buruk.
Kumpulan itu bertolak ke daerah Kerinci untuk merasmikan Pusat Khidmat Polis Bersepadu Polis Peranginan Kerinci.
Nahas helikopter: Pegawai polis Jambi, kru berjaya dipindahkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nik Muhammad Zawawi Dedahkan PAS Adalah Parti Yang Kaya
- Bukan ‘Hak’ Hisham untuk tangguh perbicaraan
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera
- Penyokong Bakal Kluster Mahkamah Fitnah SPRM Cuba Rasuah Wan Saiful
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :