Kari Kepala Ikan Annuar
Walau hanyalah sebuah gerai di tepi jalan, jangan dipandang sebelah mata, kerana boleh jadi kesedapan masakannya terkenal di seantero Malaya. Salah satu buktinya adalah gerai Kari Kepala Ikan Annuar atau juga dikenali sebagai Kari Kepala Ikan Bawah Pokok.
Terletak di Bangsar, kari kepala ikan yang dijual di sini ‘disahkan’ oleh ramai sebagai yang paling mengancam di bandaraya KL. Kari yang dihidangkan di sini memiliki rasa yang betul-betul asli seperti kari mamak. Memang pekat dan memikat.
Untuk memaksimakan keenakan dan kekenyangan hidangan, anda boleh makan kari ini bersama dengan sotong atau ayam goreng yang ditawarkan.
Harga permulaan makanan yang dijual di kedai ni? Hanya RM3 untuk menu nasi yang lengkap dengan ayam dan sayur. Bagi kari kepala ikannya pula bergantung kepada saiz kepala ikan yang diambil.
Alamat: Bangsar At the corner of Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm)
Kari Kepala Ikan Annuar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN
- “Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin
- “Saya bawa 3 tekad untuk Wanita” – Datuk Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja