‘Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi’,

Titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

‘Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi’, titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

‘Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi’, titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu
‘Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi’, titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu

PENYANYI, Syada Amzah tampil meluahkan kekecewaan terhadap bapanya, Datuk ND Lala menerusi surat terbuka yang dimuat naik di Instagramnya semalam.

Menerusi posting itu, Syada atau nama sebenar, Nursyuhada Amir Hamzah, 25, menyatakan dirinya mengambil langkah menulis surat terbuka berikutan kesukaran dihadapi untuk menghubungi bapanya yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara 1980-an itu.

“Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah.



“Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.

“Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi,” coret Syada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Masjid Nurul Iman mencari dana membaikpulih masjid



 

Penyanyi yang baru muncul dengan single Hasrat itu berkata dia dan adik-beradik sudah lama menghidu hubungan bapanya, namun dengan segala pendedahan berlaku, ia ibarat sudah terang lagi bersuluh.

“Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas.

“Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya,” titipnya.



Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut, rakan artis dan warga maya sayu dengan apa yang terjadi dan mendoakan yang terbaik buat keluarga Syada.

Ujar mereka; “Inilah ujian ALLAH,memang sedih tapi lama-lama kita akan bolrh terima dan reda. Insya-ALLAH.”

“Be strong sebagai salah seorang yang hadap benda yang sama berpuluh-puluh tahun tengok drama mak dan ayah. Sangat-sangat faham benda ni, kena kuat demi mak jaga mak elok-elok… ayah tu biarlah dia dengan dunia dia… ALLAH tu maha adil takpela ada la ALLAH nak bagi dekat akhirat esok.”

“Stay strong Syada. Bulan bulan mulia nak menjelang raya kuat betul ujian.”



“Sebaknya, take a good care of your mom @syadaamzahh, she needs her children the most now..take care u too, staystrong.”

“This is sad. How you said, “You didn’t choose us.” Allahuakhbar! Take care sis & family.”

“Trasa ayah khianat kita… bukan khianati mak semata-mata sedih kan. Time will heal…stay strong!”

‘Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi’, titipan terbuka Syada Amzah buat ramai sayu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bila Ulamak Politik Berfatwa Mengikut Nafsu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading