Syafiq Yusof kongsi pesan patuhi klasifikasi tayangan ‘Sheriff’

Hanya untuk 16 tahun ke atas

Syafiq Yusof kongsi pesan patuhi klasifikasi tayangan ‘Sheriff’

Syafiq Yusof kongsi pesan patuhi klasifikasi tayangan ‘Sheriff’
Syafiq (kiri) harap penonton patuhi had umur tontonan.

PENGARAH Syafiq Yusof menasihati penonton agar mematuhi klasifikasi had umur tontonan filem terbaharunya iaitu Sheriff: Narko Integriti.

Menurut syafiq, filem tersebut telah diklasifikasikan sebagai P16 yang mana ia hanya untuk tontonan peringkat umur di atas 16 tahun.

“Filem Sheriff: Narko Integriti adalah sebuah filam yang telah diklasifikasikan P16 oleh Lembaga Penapian Filam Malaysia (LPF).



Syafiq Yusof kongsi pesan patuhi klasifikasi tayangan ‘Sheriff’
Filem Sheriff sudah mula mendapat perhatian ramai sejak hari pertama tayangan.

“Sesiapa sahaja yang berumur di bawah 16 tahun, tidak dibenarkan untuk menonton. Harap maklum,” katanya.

Syafiq berkongsi perkara tersebut di laman X miliknya selepas empat hari filem itu mula ditayangkan di pawagam.

Penjelasan tersebut dibuat selepas filem terbaharu karyanya itu mendapat sambutan hangat sejak hari pertama ditayangkan sehingga berjaya mencapai kutipan sebanyak RM1 juta pada tayangan awal.

Filem ini kemudian mencatat jumlah kutipan sebanyak RM6.4 juta pada hari kedua.



P16 merupakan klasifikasi baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui LPF sejak tahun lalu.

Pengkelasan tambahan itu dibuat sebagai tambahan kepada kategori U (penonton semua peringkat umur) dan P18 (penonton yang berumur 18 tahun ke atas) yang telah diperkenalkan sejak 2012.

 

Syafiq Yusof kongsi pesan patuhi klasifikasi tayangan ‘Sheriff’
Barisan pelakon filem Sheriff.

Langkah berkenaan juga dibuat bagi menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton.



Filem ini membariskan pelakon utama seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz dan Datuk Aaron Aziz.

Syafiq Yusof kongsi pesan patuhi klasifikasi tayangan ‘Sheriff’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading