188,102 suri rumah mencarum SKSSR

188,102 suri rumah mencarum SKSSR

188,102 suri rumah mencarum SKSSR
FOTO HIASAN

Bentong: Seramai 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sehingga 24 September lalu.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, jumlah itu merangkumi 166,666 suri rumah daripada keluarga B40 dengan bayaran carumannya dibiayai kerajaan manakala selebihnya iaitu 21,436, membabitkan permohonan caruman sukarela.

“Selain itu, mengikut pecahan negeri, seramai 6,636 pencarum SKSSR direkodkan di Pahang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MyFutureJobs bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (Hawa) di Felda Chemomoi, di sini hari ini.



Program berkenaan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Pengerusi Hawa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Menyentuh mengenai karnival kerjaya hari ini yang bertujuan untuk menurunkan kadar pengangguran, beliau berkata ia adalah karnival ketiga selepas Pulau Pinang dan Selangor yang menyediakan sebanyak 1,168 peluang pekerjaan menerusi 18 majikan antaranya daripada sektor pembuatan, perkhidmatan, kewangan dan insurans.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




“Pencari kerja terutama belia Felda berpeluang meninjau dan memilih untuk menghadiri temu duga dengan mana-mana majikan daripada pelbagai industri dan sektor yang ada. Program ini diteruskan dengan usaha libat urus bagi memperluaskan platform kepada masyarakat Felda untuk mendapatkan perkhidmatan kebolehpasaran, pemprofilan dan peningkatan kemahiran,” katanya.

Sivakumar berkata kadar pengangguran mencatatkan pola mereda dan berada di tahap 3.4 peratus setakat Julai lepas, berbanding 3.7 peratus untuk tempoh sama tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata majikan yang mengambil pekerja dalam kategori mudah terjejas seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, individu yang hilang pekerjaan, miskin tegar, individu diparol serta bekas banduan boleh menerima manfaat di bawah Program Daya Kerjaya.

Menerusi program berkenaan, beliau berkata majikan boleh menerima insentif sehingga RM1,800 untuk tempoh tiga bulan bagi seorang pekerja yang digajikan.



Sementara itu, Wan Rosdy ketika berucap berkata kadar pengangguran di Pahang rendah dengan 2.8 peratus direkodkan setakat suku kedua tahun ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO


Beliau berkata sehingga 22 Sept lepas, terdapat sebanyak 5,385 kekosongan pekerjaan direkodkan di negeri ini manakala terdapat 767 orang kehilangan pekerjaan.



188,102 suri rumah mencarum SKSSR


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading