Rakyat Itali berdepan pemotongan drastik bantuan sosial

Rakyat Itali berdepan pemotongan drastik bantuan sosial

Rakyat Itali berdepan pemotongan drastik bantuan sosial
Giorgia Meloni

Rome: Ratusan ribu rakyat Itali akan kehilangan faedah sosial mereka pada Selasa, selepas Perdana Menteri Giorgia Meloni memutuskan syarat yang lebih ketat untuk menerima bantuan sosial, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Para penerima hanya dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas pada Jumaat lepas.
Menurut laporan media, kira-kira 169,000 isi rumah terjejas akibat pemotongan drastik bantuan sosial.

Pemerhati percaya pembayaran yang dikenali sebagai “citizen’s income”, mungkin digantung untuk tambahan 80,000 isi rumah menjelang akhir musim panas.



Selatan Itali secara tradisinya merupakan kawasan berpendapatan rendah, dijangka terjejas akibat langkah-langkah baharu itu. Naples, mencatatkan bilangan tertinggi yang menerima faedah berkenaan.

Berdasarkan syarat terbaharu, isi rumah yang mempunyai kanak-kanak bawah umur, orang kurang upaya atau warga emas berusia lebih 65 tahun akan menerima bantuan sosial terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu




Kesatuan sekerja dan kumpulan aktivis menggesa bantahan diadakan susulan pemotongan itu. Di beberapa bandar di selatan Itali, demostrasi turut diadakan di hadapan pejabat agensi kebajikan sosial INPS.

Sementara itu, ahli politik pembangkang mengkritik keras tindakan kerajaan.

Bekas perdana menteri Giuseppe Conte, yang memperkenalkan “citizen’s income” pada 2019, menyifatkan langkah itu sebagai “perang ideologi yang sedang berlangsung melibatkan golongan rentan”.

Ahli Demokrat Elly Schlein menggelar pemotongan itu sebagai “kejam”.



Kemarahan timbul disebabkan pemotongan itu diumumkan melalui mesej teks.

Rakyat Itali berdepan pemotongan drastik bantuan sosial


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button