Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati

Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati

Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati
Babi hutan yang dipercayai tersesat masuk ke kedai serbaneka 24 jam di Jalan Dato Ismail Hashim, ditembak mati PERHILITAN selepas haiwan itu bertindak agresif.- Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

BAYAN LEPAS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pulau Pinang menembak mati seekor babi hutan selepas haiwan itu melulu masuk sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Dato Ismail Hashim di sini, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya Kapten (PA) Salman Rahimi Manaf, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 petang dan lima anggota bergegas ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati pekerja lelaki kedai serbaneka berusia 21 tahun, mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika cuba menyelamatkan diri dengan berlari keluar, sebaik babi hutan itu masuk ke dalam dari premis berkenaan.



Pelanggan di dalam premis berkenaan turut bergegas keluar menyelamatkan diri.

“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati haiwan itu masih berkeliaran dalam premis dan dalam keadaan agresif,” katanya di sini, semalam.

Salman berkata, pihaknya dengan bantuan PERHILITAN terpaksa mengambil keputusan menembak mati haiwan itu.

“Pada mulanya, pihak PERHILITAN mahu menembak menggunakan pelali, namun berikutan ia menjadi agresif babi hutan jantan dianggarkan seberat 80 kilogram itu terpaksa ditembak mati,” katanya.



Difahamkan, babi hutan itu tersesat dan dipercayai mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah yang ditemui sekitar kawasan terbabit.

Babi hutan sesat masuk kedai serbaneka, ditembak mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button